Home
» Pendidikan
» UiTM Perak Meningkatkan Reputasi Global dan Membangunkan Bakat Berkualiti Melalui Kolaborasi Antarabangsa
Saturday, March 8, 2025
Hal tersebut dikatakan Koordinator Fakulti/Pensyarah Kanan (dosen senior) Seni Reka Grafik dan Media Digital, Ts. Ahmad Sofiyuddin Bin Mohd Shuib –Jabatan Seni Reka Grafik Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar,32610, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Selanjutnya dalam siaran elektronik yang diterima redaksi, Sofi (demkian dosen senior ini akrab disapa) menyampaikan, Program ini memberi fokus kepada majoring/jurusan Rekabentuk Korporat, di mana pensyarah dari TELKOM Universiti, Bandung Indonesia dan dua pakar industri telah dilantik sebagai Penilai Antarabangsa serta Penilai Industri, termasuk Sri Soedewi, Sri Nurbani, Nurul Amira Ramli dan Muhammad Badrul Nizam. Yang mana, dengan adanya kesemua penilai ini memberikan maklum balas konstruktif berdasarkan perspektif global malah dapat menilai hasil karya kreatif pelajar berdasarkan keperluan serta kehendak industri kini.
Dengan ini, seramai 11 orang pelajar terlibat dalam sesi penilaian ini, berkongsi idea dan inovasi mereka berkaitan projek tahunan masing-masing. Yang mana, projek-projek ini melibatkan elemen-elemen penting seperti reka bentuk logo, identiti visual, dan strategi komunikasi korporat, yang diharapkan dapat memenuhi keperluan industri seni reka grafik masa kini.
Kerjasama ini membuka peluang kepada pelajar untuk memahami standard antarabangsa dalam industri kreatif. Melalui maklum balas dan pandangan daripada penilai antarabangsa, pelajar dapat memperbaiki hasil kerja mereka dan meningkatkan keyakinan dalam menghasilkan karya yang kompetitif di peringkat global. Selain itu, kolaborasi ini memberikan pelajar peluang untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang trend terkini dalam industri seni reka di Indonesia, sebuah negara yang terkenal dengan inovasi dan kreativiti seni reka yang unik.
Dengan memahami perkembangan terkini seperti penggunaan teknologi digital dalam reka bentuk, pendekatan berasaskan budaya lokal, dan integrasi konsep tradisional dengan elemen moden, pelajar dapat memperluaskan perspektif mereka dan mengadaptasi idea-idea baru dalam projek masing-masing. Malah, pendedahan ini bukan sahaja membantu pelajar untuk mengenal pasti peluang dalam pasaran serantau tetapi juga memperkukuhkan keupayaan mereka untuk memenuhi permintaan industri seni reka yang semakin dinamik.
Melalui kerjasama dengan universiti luar negara, pelajar tidak hanya mendapat manfaat daripada pertukaran pengetahuan, tetapi mereka juga mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran profesional mereka. Sebagai contoh, pelajar yang terlibat dalam Program Review III berpeluang untuk melihat bagaimana reka bentuk korporat diterapkan dalam konteks global, serta mendapatkan maklum balas daripada pengamal industri dan antarabangsa yang berpengalaman. Ini memberikan perspektif yang lebih luas tentang keperluan industri di pelbagai negara dan mempersiapkan mereka untuk menghadapi pelbagai cabaran yang ada dalam pasaran kerja global.
Melalui program-program pengantarabangsaan ini juga, UiTM CP bukan sahaja memperkukuh rangkaian antarabangsa tetapi juga meningkatkan standard pendidikan yang ditawarkan. Sebagai contoh, pelaksanaan Program Review III menunjukkan usaha UiTM CP dalam memastikan bahawa pelajarnya mendapat pendidikan yang relevan dengan perkembangan terkini dalam bidang seni reka. Dengan bekerjasama dengan universiti seperti TELKOM Universiti, Bandung Indonesia pelajar dapat menyaksikan dan belajar daripada budaya akademik yang berbeza, yang membantu mereka mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di pasaran kerja yang semakin kompetitif.
Tambahan pula, program ini turut membantu UiTM CP dalam mecapai target pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (PI) pengantarabangsaan, iaitu PI084 Number of international programmes/activities for active MoU/MoA for the current year, dengan memberikan pelajar peluang untuk terlibat dalam program antarabangsa yang berkualiti dan relevan. Ini selaras dengan usaha UiTM CP untuk memperkukuh reputasi globalnya dalam mencapai matlamat UiTM sebagai Globally Renowned University pada tahun 2025.
Malah, melalui penglibatan dengan institusi seperti TELKOM Universiti, Bandung Indonesia, serta agensi-agensi luar, pelajar turut didedahkan kepada kaedah dan pendekatan baru yang boleh memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Ini sekaligus memberikan kelebihan kompetitif kepada mereka apabila memasuki pasaran kerja global. Selain memberikan manfaat kepada pelajar, program pengantarabangsaan ini juga mengukuhkan hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia. Yang mana, kerjasama antara UiTM dan TELKOM Universiti bukan sahaja memberi kesan positif kepada pelajar, tetapi juga mempereratkan hubungan dua hala dalam bidang akademik, budaya, dan profesional. Perkongsian ilmu dan pengalaman ini membuka ruang untuk peluang yang lebih luas, termasuk program pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, serta projek-projek seni reka yang lebih besar.
Dengan adanya kolaborasi ini juga, dapat menunjukkan komitmen UiTM CP dalam memperkasakan pelajar melalui program-program yang melibatkan pakar antarabangsa. “Kami sangat berbangga dengan usaha ini kerana ia memberikan pendedahan luar biasa kepada pelajar kami. Ini adalah langkah penting untuk menghasilkan graduan yang mampu bersaing di pasaran global,” kata Koordinator Program bagi Jabatan Seni Reka Grafik dan Digital Media, Kolej Pengajian Seni Kreatif.
Selain itu, kolaborasi ini menjadi bukti bahawa hubungan akademik antara Malaysia dan Indonesia terus berkembang, terutama dalam bidang seni reka yang memerlukan inovasi berterusan. Ia juga memberi manfaat dalam konteks pembelajaran, kerjasama antarabangsa juga memberi impak besar kepada peluang kerjaya pelajar. Dalam dunia yang semakin saling berkait ini, pengalaman antarabangsa adalah aset yang berharga. Pelajar yang terlibat dalam program-program pengantarabangsaan memiliki kelebihan dalam mencari peluang pekerjaan di syarikat-syarikat global kerana mereka telah terbiasa bekerja dalam persekitaran yang berbeza dan memahami kehendak serta trend pasaran antarabangsa.
“Dengan itu, melalui program seperti ini, UiTM CP dan TELKOM Universiti, Bandung Indonesia telah membuktikan bahawa kolaborasi rentas sempadan adalah kunci kepada pembangunan bakat dan pengiktirafan antarabangsa. Dengan sokongan kedua-dua institusi, pelajar seni reka grafik UiTM kini lebih bersedia untuk melangkah ke dunia profesional dengan hasil karya yang bermutu tinggi,“ pungkasnya.***Rls/Red.
UiTM Perak Meningkatkan Reputasi Global dan Membangunkan Bakat Berkualiti Melalui Kolaborasi Antarabangsa
Posted by
Tatarjabar.com on Saturday, March 8, 2025

Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

No comments :
Post a Comment